Alvaro Morata menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada minit ke-70 ketika membenam Vidi dalam saingan Liga Europa semalam.
Jaringan tersebut sekali gus menamatkan kemarau gol yang berlarutan selama 46 hari buat penyerang tersebut.
Morata memeterai kontrak perpindahan ke Chelsea pada tanggal 21 Julai 2017 dengan yuran perpindahan sekitar EUR60 juta (RM324.6j).
Apa yang menarik adalah perpindahan tersebut turut terkait dengan seorang lagi penyerang yang kini bersama Manchester United, Romelu Lukaku.
Chelsea pada awalnya inginkan kembali khidmat Lukaku manakala United mendambakan bakat Morata begi mengisi keperluan di jentera serangan.
Entah bagaimana, perkara sebaliknya berlaku. Di sebalik desas-desus yang bertiup kencang tentang Morata yang hampir pasti ke Chelsea, United mengambil langkah yang tidak terduga dengan terlebih dahulu mengikat kontrak bersama Lukaku melalui satu nilai perpindahan yang tidak didedahkan pada 10 Julai tahun lalu.
Saga yang melibatkan perbandingan di antara kedua-dua penyerang itu berterusan.
Lukaku terlebih dahulu menjaringkan gol buat United di pentas Piala Super UEFA menerusi penampilan pertamanya pada 8 Ogos tahun tersebut.
Berbeza dengan Morata, penampilan pertamanya bersama Chelsea dipalit insiden gagal menjadi penjaring dalam penentuan penalti, yang seterusnya mengakibatkan pasukan itu terlepas kejuaraan Perisai Komuniti kepada Arsenal.
Mujur dia bangkit menerusi ledakan pertamanya bersama Chelsea yang menewaskan Burnley 3-2 dalam saingan Liga Perdana, enam hari selepas itu.
Cerita di penghujung musim tidak banyak berbeza. Ketika Lukaku muncul penjaring terbanyak United dengan 27 gol daripada 45 penampilan, Morata pula sekadar menjaringkan 15 gol daripada 48 penampilan.
Ini menunjukkan dia masih dibayangi pemain tengah Chelsea, Eden Hazard, yang muncul penjaring terbanyak The Blues hasil kelebihan dua gol musim tersebut.
Morata boleh menarik nafas lega sebaik bermula musim baru. Dia tidak lagi dihantui kelibat Lukaku. Bagaimanapun, cerita di atas padang masih memaparkan pergelutan Morata dalam memburu jaringan.
Bersama pengurus baru, Maurizio Sarri, Morata diletakkan selaku penyerang utama ketika perlawanan pembukaan musim, perebutan Perisai Komuniti.
Kesudahannya, tiada jaringan mampu dihasilkan Chelsea di sebalik kemenangan 2-0 yang berpihak kepada Manchester City.
Enam hari selepas itu, Morata sekali lagi diberi kepercayaan mengisi posisi penyerang utama. Walaupun Chelsea membuka kempen liga dengan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town, namun ketiga-tiga jaringan tersebut dijaringkan pemain dari posisi tengah.
Morata akhirnya menjaringkan gol dalam membantu Chelsea mengungguli pertemuan London yang menyaksikan mereka menewaskan Arsenal 3-2, 19 Ogos lalu.
Selepas itu, bermulalah kemarau gol selama 46 hari penyerang itu.
Tiada jaringan berjaya dihasilkan ketika menentang Newcastle United, Bournemouth, Cardiff City, PAOK, West Ham United, dua perlawanan menentang Liverpool, sehinggalah dia menjaringkan gol ketika menewaskan Vidi. Ia 46 hari yang cukup panjang.
Apa yang sedang berlaku kepada Morata sebenarnya?
Morata hadir ke Chelsea dengan reputasi yang cukup gah.
Dia melewati tempoh dua musim yang berjaya bersama Juventus selaku juara Serie A sebelum kemnbali ke Real Madrid.
Rekod di Real Madrid kekal baik buat Morata. Walaupun kerap kali diturunkan sebagai pemain gantian, dia masih mampu menjaringkan 20 gol dan muncul penjaring kedua terbanyak kelab tersebut di belakang Cristiano Ronaldo. Itu tidak mengambil kira kejayaan mereka menjuarai saingan LaLiga, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Jadi, apa yang terjadi ketika dia bersama Chelsea kini?
Jika pengurus yang menjadi masalah, benar Morata tidak beraksi baik ketika berada di bawah kendalian Antonio Conte. Tetapi kini di bawah Sarri, dia masih bergelut.
Jika faktor pengamalan bermain di England menjadi alasan, Ini sudah masuk musim kedua buatnya. Namun, harus diingati sekali lagi, Morata hadir ke Chelsea dengan reputasi yang cukup gah.
Dengan reputasi tersebut, harapan yang diletakkan ke atasnya juga besar.
Ini bukan kali pertama pemain bintang gagal beraksi cemerlang selaku penyerang Chelsea.
Fernando Torres juga pernah menghadapi situasi sama selepas membawa reputasi yang cukup besar, Begitu juga Andriy Shevchenko.
Reputasi yang besar datang dengan tanggungjawab dan harapan yang cukup besar.
Semoga Morata berjaya menyesuaikan diri dengan situasi ini dan kembali menemui sentuhan jaringan.