Skip to main content

Rencana

32 fakta kelayakan Piala Dunia (bhg 2)

worldcup2.jpg
6. Cara Nigeria menavigasi pusingan akhir kelayakannya yang menampilkan tiga finalis Piala Dunia 2014, juga amat menarik. Lebih daripada segala-galanya, ia menceritakan kekejaman format kelayakan Afrika. Menyedari format kelayakan pada 2014 yang menetapkan perlawanan play-off secara timbal balik tidak lagi sesuai, Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) memansuhkan format play-off itu. Sebaliknya, ia kembali kepada format lima kumpulan mengandungi empat pasukan setiap satu, dengan hanya juara setiap kumpulan layak ke pusingan akhir tanpa ada sebarang pengecualian. Undian sedemikian menyingkirkan dua pasukan veteran Piala Dunia. Kebetulan, kedua-duanya – Algeria dan juara Afrika ketika itu, Cameroon -- adalah pasukan dengan ranking tertinggi ketika undian dilakukan.

7. Afrika, bagaimanapun, hanya dapat mengetepikan Mesir buat sekian lama. Tersingkir dalam play-off pada 2010 dan 2014, skuad The Pharaohs menyedari hanya kemenangan mampu menyelamatkan mereka dalam perlawanan kedua terakhir kelayakan. Dengan kedudukan masih terikat pada masa kecederaan, seluruh negara itu berpesta terhadap satu kekasaran dalam kawasan penalti, seolah-olah mereka sudah memenangi satu perlawanan separuh akhir Piala Dunia. Sejurus Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti itu untuk mengesahkan kelayakan Mesir ke pusingan akhir buat kali pertama sejak 1990, pesta besar-besaran tercetus.

8. Pesta keraian di Kaherah mencerminkan segala kedukaan dan kemarahan selama 28 tahun. Jika anda cuba menterjemahkan kuasa emosional sukan, lautan peminat bola sepak, ratusan bendera, pembakaran bunga api dan tarian beramai-ramai di Medan Tahrir pada malam itu, tentunya membantu. Ia mengisahkan betapa bermaknaya untuk Mesir kembali tampil dalam pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

9. Satu-satunya pihak yang dapat menyaingi Mesir berlaku di Panama, di mana kejayaan melayakkan
diri ke Piala Dunia, tampil buat kali pertama dalam sejarah negara itu. Gol kemenangan Roman Torres pada minit ke-88 mengirim skuad Los Canaleros ke Russia. Wisel penamat pada penghujung perlawanan itu menyaksikan kegamatan sorakan tidak berpenghujung di Estadio Rommel Fernandez.

10. Tanggal 10 Oktober 2017 akan dikenang untuk satu tempoh yang panjang. Ceritanya akan diperturunkan daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Sepanjang tempoh dua setengah jam di lapan stadium di Amerika Tengah dan Amerika Selatan pada satu malam Selasa, kegilaan dan ketidaksiuman diberikan makna yang sama-sekali berbeza. Terdapat gol sendiri yang hampir mustahil, sepakan percuma tidak terus yang dijaringkan terus, satu gol khayalan dan pembaziran masa yang langsung tidak munasabah. Terdapat juga pakatan sulit. Apabila segala-galanya berakhir, seorang pemain terhebat yang pernah ada, menyelamatkan sebuah negara di ambang malapetaka dengan hatriknya. Argentina, Colombia, Uruguay dan Panama telah layak. Peru dan Honduras masih bernyawa. Amerika Syarikat dan Chile, anehnya terkeluar.
 
11. Chile terkeluar di sebalik satu keputusan kontroversi FIFA yang menghadiahkannya satu kemenangan percuma dan dua mata tambahan. Tahun lalu, Jawatankuasa Disiplin FIFA mendapati Bolivia telah menggunakan seorang pemain yang tidak layak dalam keputusan seri 0-0 dengan Chile. Pemain terbabit, Nelson Cabrera, turut beraksi dalam kemenangan 2-0 ke atas Peru. Seluruh Amerika Selatan menentang keputusan itu, tapi Chile dan Peru menentangnya balik hingga Mahkamah Timbangtara Sukan kesudahannya mengekalkan keputusan itu, yang tidak menguntungkan La Roja. Chile berkesudahan di tangga keenam, satu takuk di luar tempat dalam saingan play-off – terikat mata dengan Peru tapi kurang dua gol. Jika tidak kerana pembatalan keputusan itu, Chile harus satu mata di depan dan layak ke play-off menentang New Zealand.

12. Chile tidak bersendirian dalam kegagalannya melayakkan diri. Malah, empat pasukan --  Chile, Amerika Syarikat, Itali dan Belanda – tercicir sama. Itali – dengan kegagalannya ke pusingan akhir buat kali pertama dalam 60 tahun – adalah yang terburuk daripada kelompok itu.

13. Cukuplah mengenai kekecewaan. Di satu sudut berbeza, jurulatih veteran dari Belanda, Bert van Marwijk, membantu membawakan kegembiraan tidak terduga kepada Arab Saudi. Negara Timur Tengah itu tidak pun melepasi peringkat kedua kelayakan Asia empat tahun lalu. Mereka berkesudahan di tangga ketiga kumpulan di belakang Oman. Namun, kali ini, Arab Saudi menundukkan Jepun pada hari terakhir kelayakan untuk melayakkan diri bagi  menyempurnakan satu cerita kebangkitan hebat.

14. Poland dan Mexico turut mencapai peningkatan demi peningkatan. Poland melonjak daripada 13 mata dan tangga keempat dalam kumpulannya pada 2014 kepada 25 mata dan tangga teratas dalam kempen kelayakannya untuk 2018. Mexico yang menyelitkan diri atas ihsan Amerika Syarikat empat tahun lalu, menelusuri kempen kelayakan CONCACAF untuk melayakkan diri dengan mudah.

(BERSAMBUNG)

Advertisement

Must Watch Video