Khairul Hafiz Jantan menutup mulut pengkritik yang mengatakan prestasinya makin merosot selepas merangkul pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
10.28 saat ketika menjuarai kejohanan terakhir di Jerman membuktikan dia masih lagi prospek terbaik negara acara riben biru walaupun nama pelari muda Indonesia, Lalu Muhammad Zohri jadi sebutan sejak minggu lalu apabila menjuarai Kejohanan Remaja Dunia di Finland dengan 10.18s.
Secara perbandingan, Khairul berpeluang layak ke final 100m Sukan Asia Indonesia.
Prestasinya makin meningkat sejak mencatat 10.45s, 10.39s dan terbaru 10.28s sepanjang sesi latihan dan kejohanan di Jerman.
Sukan Asia Incheon 2014 menyaksikan pelari Oman, Barakat Al-Harthi mencatat masa paling perlahan dikalangan finalis 100m dengan 10.31s. Malah, final menyaksikan catatan tangga kelapan cuma 10.41s.
Jadi, peluang ke final dalam jangkauan!
Khairul dan beberapa pelari negara masih mempunyai tempoh tiga minggu lagi untuk meneruskan sesi latihan dan berdasarkan program periodisasi, dia mampu memperbaiki catatan itu menghampiri atau pecah rekod kebangsaan miliknya sendiri, 10.18s.
Saya fikir ia sesuatu yang realistik untuk dicapai pada penampilan sulung Sukan Asia di Stadium Utama Gelora Bung Karno ketika acara olahraga akan membuka tirai 25 Ogos depan.
Tan Sri Dr M Jegathesan rangkul emas Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand sebelum Datuk Rabuan Pit mengulanginya di New Delhi, India 1982.
Tugas Khairul mungkin lebih sukar kerana untuk emas 100m, anda perlu melakukan catatan bawah 10s.
Tetapi anda sudah berada di landasan betul.
Ayuh anak Jantan, mara ke final dan cipta keajaiban!