Skip to main content

Memanah

Memanah MSSM: Dari Dalat ke Sibu, Nurul Ain miliki koleksi lima emas

k

Meskipun berdepan perjalanan panjang memakan masa hampir 2 jam 30 minit dengan anggaran jarak 198 kilometer dari Dalat ke Sibu, ia sesekali tidak mematahkan semangat pemanah perempuan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak, Nurul Ain Nasuha Iskandar, untuk terus mengejar impiannya bergelar pemanah yang pada masa akan datang.

Bagi pelajar tingkatan empat aliran sains tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat itu, Nuru Ain percaya bahawa setiap penat lelah serta usahanya selama ini pastinya akan membuahkan hasil suatu hari kelak.

Sepanjang enam penampilan di pentas Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026, Nurul Ain telah menghadiahkan lima pingat emas serta tiga gangsa buat kontinjen Sarawak.

"Saya menceburi sukan ini sejak berumur sembilan tahun kerana mengikuti ayah yang terlebih dahulu berminat dengan memanah.

"Saya salah seorang daripada tiga orang beradik yang mengikuti jejaknya.

"Tahun ini saya masih mewakili peringkat negeri dan untuk menyertai setiap kejohanan, saya -- yang tinggal di luar bandar -- perjalanan dari Dalat ke Sibu memakan masa dua jam setengahnya.

"Peluang mewakili Sarawak merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan ia hasil daripada banyak pihak sekeliling yang mendoakan kejayaan saya," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video