Cristiano Ronaldo dan Zinedine Zidane terus menempa sejarah baru dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila membawa Real Madrid menempah tempat mereka dalam satu lagi perlawanan akhir.
Madrid meneruskan kemaraan dengan kemenangan agregat 4-3 selepas mengikat Bayern Munich 2-2 dalam separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Zidane akan menjadi jurulatih ketiga membimbing pasukan ke tiga perlawanan akhir berturut-turut apabila membawa Madrid ke Kiev pada 26 Mei ini, mengikut jejak jurulatih kelahiran Itali, Marcello Lippi dan Fabio Capello.
Sementara itu, Ronaldo telah membuat 152 penampilan dalam Liga Juara-Juara, mengatasi pemain ikon Barcelona, Xavi, sebagai pemain paling banyak beraksi dalam sejarah kejohanan itu.
Dengan pemain kelahiran Portugal itu dijangka dipilih Zidane, dia juga akan membuat penampilan keenamnya dalam final Liga Juara-Juara, menyamai rekod legenda, Paolo Maldini.
Di bawah bimbingan Zidane, Madrid tidak pernah kalah dalam Liga Juara-Juara -- Los Blancos mara dalam kesemua sembilan aksi timbal balik Liga Juara-Juara.