REAL VALLADOLID 0 REAL MADRID 1
Zinedine Zidane menuntut peningkatan daripada jentera serangan Real Madrid selepas pasukannya itu memerlukan jaringan lewat Nacho untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Real Valladolid dalam perlawanan LaLiga di Stadium Jose Zorilla awal pagi tadi.
Nacho menanduk masuk hantaran lintang Toni Kroos pada minit ke-78 untuk memastikan kemenangan yang melonjakkan skuad kendalian Zidane itu ke persada liga dengan kelebihan tiga mata.
Zidane memuji barisan pertahanannya selepas memastikan Valladolid gagal mendaftarkan sebarang percubaan tepat tetapi menegaskan pasukannya memerlukan lebih kreativiti untuk menewaskan lawan itu dengan lebih mudah.
"Secara bertahan, apa yang kami lakukan, kami telah melakukannya dengan amat baik. Di situlah kekuatan kami," katanya kepada wartawan.
"Kami bertahan dengan semua pemain dan apabila kami kehilangan bola, kami mendapatkannya semula di bahagian atas, dan apabila kami dapat mengekalkannya, kami mendapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol.
"Nacho menjaringkannya dan itulah sebahagian daripada bola sepak.
"Kami sedar kami boleh meningkat daripada aspek ini.
"Nacho seorang yang profesional.
"Apabila dia perlu bersaing, dia melakukannya dengan baik.
"Saya gembira dengan jaringannya.
"Dia jarang melakukannya tetapi dari semasa ke semasa, kami juga boleh mencipta peluang daripada pertahanan," katanya.
Zidane enggan membayangkan kejuaraan pasukannya biarpun mereka melebarkan jurang ke atas Barcelona, yang tewas 0-2 kepada Valencia semalam.
Madrid hanya tewas sekali dalam liga musim ini tetapi dengan masih berbaki 17 perlawanan, termasuk kunjungan ke Barcelona 1 Mac ini, Zidane menjangkakan laluan sukar sedang menanti pasukannya.
"Bagi kami, tiada apa-apa yang berubah.
"Kami gembira dengan kemenangan ini, dengan berusaha untuk berjuang hingga ke penamat.
"Tetapi tiada apa akan berubah.
"Masih ada 17 perlawanan dan kami akan terus berjuang hingga ke penghujung.
"Saya tidak mahu bercakap tentang menjadi juara kerana masih banyak perlawanan yang perlu dihadapi.
"Tiada banyak perbezaan apabila menjadi pendahulu liga, ia tiga mata yang penting tetapi hanya sekadar itu," tambahnya.
Madrid akan berdepan seteru setempat, Atletico Madrid, di laman sendiri Sabtu ini.
Editor: Muzaffar Musa