Zinedine Zidane membuat kejutan dengan mengumumkan beliau akan meninggalkan Real Madrid selepas kurang daripada seminggu membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut.
Kelab mendedahkan hari ini Zidane meminta satu sidang media dijalankan secara tergempar, sekali gus meningkatkan lagi spekulasi khidmatnya di Santiago Bernabeu bakal berakhir.
Zidane mengesahkan beliau melepaskan jawatannya sebagai pengurus, lima hari selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Liverpool di Kiev.
Pengendali kelahiran Perancis itu turut mencipta kejayaan pada dua musim pertamanya bersama Real dan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Los Blancos.
"Saya membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi jurulatih Real Madrid musim depan," katanya.
"Saya telah berbincang dengan presiden kelab, Florentino Perez, semalam dan memberitahu hasrat dan perasaan saya. Saya mengetahui ia adalah saat yang janggal buat semua individu yang terlibat tetapi saya berasakan ia adalah keputusan yang tepat.
"Saya berasakan pasukan ini perlu terus melakar kemenangan tetapi saya berfikir selepas tiga tahun, perubahan harus dilakukan.
"Ia merupakan sebab saya mengambil keputusan ini. Ia adalah kelab yang saya cintai dan Perez merupakan seorang yang saya kagumi.
"Beliau membawa saya masuk ke Real dan saya sangat bersyukur. Perubahan diperlukan dalam pasukan ini dan saya tidak akan berada di sini untuk musim depan."
Real mengakhiri saingan LaLiga di tangga ketiga merupakan faktor utama Zidane meninggalkan pasukan.