Skip to main content

Bola Sepak

Zidane gembira dengan aksi Benzema

karim-benzema_1a0vjshqky9jozkppwri7c639.jpg
Zinedine Zidane berkata dia gembira penyerang, Karim Benzema, menjadi penyelamat Real Madrid sebagai penjaring gol berdepan Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Benzema menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya mengikat lawan 2-2 dan menempah laluan ke perlawanan akhir di Kiev dengan agregat 4-3.

Penyerang kelahiran Perancis itu mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol, Sven Ulreich, untuk menjaringkan gol ke-11 dalam musim sukarnya ini.

Dan walaupun Madrid memerlukan satu siri menyelamat daripada penjaga gol, Keylor Navas, bagi mengatasi Bayern, Zidane memuji wiranya itu.

"Saya gembira untuk Karim kerana dia layak dan dia tidak pernah berhenti bekerja," kata Zidane. "Keylor telah menunjukkan beberapa aksi menyelamat dalam babak kedua.

"Akhirnya, kami bermain menentang pasukan besar. Kami gembira kerana kami telah mengalahkan tiga pasukan hebat dalam pusingan kalah mati.

"Tanpa kesengsaraan, ia tidak boleh dilakukan. Kami akan berehat untuk perlawanan akhir.

"Sekarang, kami boleh bergembira, saya fikir kami terlalu banyak menderita tetapi ia juga menarik," ujarnya.

Lucas Vazquez mengisi posisi pertahanan kanan untuk Madrid dalam ketiadaan pemain pertahanan yang mengalami kecederaan, Dani Carvajal dan Nacho.

Selepas terpaksa berdepan ancaman Franck Ribery, Vazquez berkata dia tahu Madrid perlu berjuang melawan Bayern.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar," kata Vazquez. "Mereka adalah pasukan hebat dan mereka telah membuktikannya.

"Kami mempunyai beberapa saat yang suka, tetapi kami telah menderita dan kami berada dalam final, kami akan cuba memenangi gelaran ketiga berturut-turut."

Advertisement

Must Watch Video