Skip to main content

Bola Sepak

Zidane enggan persoal kemampuan Navas, Benzema

zidane-backs-navas-and-defends-benzema-as-madrid-aim-to-bounce-back.jpg
Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, menyangkal spekulasi berkenaan masa depan Keylor Navas dengan menganggapnya sebagai khabar angin ekoran persembahan hambar penjaga gawang itu dalam kekalahan 2-1 kepada Sevilla.

Pemain dari Costa Rica itu berdepan kritikan selepas gagal mengekang gol kemenangan Stevan Jovetic apabila membenarkan Sevilla bangkit untuk merekodkan kemenangan bagi memadamkan rekod tanpa kalah Real Madrid dalam masa kecederaan. 

Biarpun membantu Madrid mencipta rekod 40 perlawanan tanpa kalah, Navas, 30, tidak berupaya memperagakan aksi terbaiknya sejak menjalani pembedahan tumit pada awal musim ini. 

Beberapa bulan kebelakangan ini, Madrid dikaitkan dengan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois, selain pernah cuba mendapatkan tonggak Manchester United, David de Gea, namun rundingan itu gagal pada saat-saat akhir pada 2015. 

"Keylor tiada masalah," kata Zidane. "Dia seorang penjaga gol dengan rekod 40 perlawanan tanpa kalah. 

"Hentikan perkara ini. Saya tidak mahu mengubah apa-apa pun. Semuanya hanyalah khabar angin. 

"Saya tidak membincangkan pemain baru. Saya tidak berminat, ini bukan masanya. 

"Penjaga gol kami beraksi dengan cemerlang. Keylor, Kiko dan Ruben Yanez sangat hebat dan saya tidak mahu merombak apa-apa lagi ketika ini."

Karim Benzema dipersalahkan dalam kekalahan minggu lalu apabila kehilangan bola sehingga memberikan Sevilla jaringan kemenangan sementara Zidane juga dipersoalkan kerana mengetengahkan formasi janggal 3-5-2.

Bagaimanapun, bekas ketua pasukan Perancis itu enggan meletakkan kesalahan ke atas sesiapa pun. 

"Dalam tempoh 90 minit di padang, anda tidak boleh melakukan semuanya dengan sempurna. Kami mengharungi sepanjang 85 minit dengan baik dan baki lima minit lagi adalah apa yang kami tidak hajati. 

"Kami akan berusaha agar ia tidak berulang lagi. Kedua-dua gol tersebut bukanlah berpunca daripada satu kesilapan sahaja."

Zidane berpendirian ia bukanlah asing untuk dia menerapkan formasi 3-5-2.

"Saya memutuskan untuk menggunakannya kerana sedar kami perlu merombak dan mempelbagaikan gerakan apabila berdepan lawan yang sama dalam tiga perlawanan berturut-turut. Sevilla juga melakukannya."




Advertisement

Must Watch Video