Gabungan Kelab Penyokong Kelantan meminta penaja utama The Red Warriors (TRW) musim ini mempertimbangkan semula tawaran diskaun 50 peratus kepada bekas pemain musim 2015/16 bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji.
Presidennya, Mohd Zainy Mohd Zain, berkata tawaran diskaun sebanyak 50 peratus yang dibuat oleh pihak ketiga (penaja) itu tidak munasabah sedangkan pemain sudah menunggu agak lama bagi mendapatkan gaji yang tertunggak.
“Kalau boleh, penaja buat kadar 70:30 di mana KAFA akan membayar 70 peratus tunggakan gaji, di mana baki 30 peratus akan masuk ke kantung persatuan. Ini cadangan sahaja dan terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa dan pemain untuk menerima atau tidak,” katanya.
Zainy juga mencadangkan supaya tiga pihak yang terbabit dalam isu ini boleh duduk berbincang secara profesional supaya isu tunggakan gaji yang berlarutan agak lama boleh diselesaikan secara baik dan berkesan.
"Lebih molek, jemput semua tiga pihak berkepentingan seperti penaja, pemain dan KAFA duduk berbincang secara profesional daripada berbahas dalam media sosial yang langsung tidak akan menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin, perbincangan itu akan memberikan jalan keluar terbaik bagi mengatasi masalah ini."
Isu pemberian diskaun 50 peratus oleh pihak ketiga yang bertujuan untuk menyelesaikan gaji tertunggak pemain dengan kadar segera menjadi kontroversi apabila rata-rata pemain yang terlibat menyifatkan cadangan itu bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menjadikan mereka seolah-olah mengemis untuk mendapatkan hak sendiri.
Bagaimanapun, KAFA melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd Ismail Md. Noor, menyifatkan tawaran yang dikemukakan pihak penaja sebagai langkah terbaik kepada semua merealisasikan konsep ‘menang-menang’.
Pemain dapat menerima gaji secara tunai dan KAFA pula lebih fokus dalam membentuk skuad yang mantap untuk bersaing dalam baki saingan Liga Malaysia.