Pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan, berpuas hati dengan tahap permainan pasukannya, terutama di bahagian benteng, selepas menewaskan PKNS FC 1-0 di Stadium Shah Alam semalam.
Jaringan tunggal menerusi sepakan penalti kapten, Safiq Rahim, membolehkan Melaka meneruskan rekod kemenangan 100 peratus setelah menundukkan Petaling Jaya City FC dalam perlawanan pertama kempen Liga Super 2019.
Situasi itu membuatkan Zainal berpuas hati melihat peningkatan yang dipamerkan pertahanannya tetapi dalam masa sama mengharapkan ia berterusan dalam perlawanan seterusnya.
"Kami sudah katakan bahawa disiplin di bahagian benteng semalam memang menjadi. Mereka telah pamerkan peningkatan dan diharap berterusan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, enggan menuding jari ke arah pemainnya walaupun terpaksa akur dengan Melaka yang diperkuatkan tenaga berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq dan Shukor Adan.
"Kalau nak dibandingkan dengan Melaka, memang mereka dibarisi pemain yang cukup berpengalaman. Kami akan cuba cari penyelesaian tanpa merumuskan bahawa permainan kami teruk," kata Rajagobal.