Enggan menunggu terlalu lama, pengendali The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah, membayangkan aksi persahabatan ketiga menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad IV, 17 Januari ini akan digunakan sepenuhnya untuk memuktamadkan senarai penuh pemain Kelantan yang akan beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.
"Saya tidak boleh menunggu lama untuk menamakan skuad penuh kerana banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam masa tujuh minggu ini sebelum sepak mula Liga Perdana, hujung bulan Februari.
"Musim lalu, TRW menggunakan 100 peratus khidmat pemain muda tetapi musim ini, saya bercadang untuk menggunakan beberapa pemain berpengalaman untuk seimbangkan pasukan serta membimbing pemain muda," katanya kepada media selepas aksi menentang Kedah malam tadi.
Pengendali kelahiran Perlis itu juga tidak terburu-buru memilih awang import kerana mahu memastikan mereka mampu memberi sumbangan terbaik kepada pasukan.
"Setakat ini, TRW masih menguji dua penyerang import, Odili Felix Chidi (Nigeria) dan Ansumana Agogo Kromah dari Liberia.
"Untuk bahagian tengah, kami masih menilai pemain tengah dari Kyrgyzstan, Bektur Talgat Uulu, dan Eze Kingley Obomneme (Nigeria).
"Mereka (awang import) akan terus diberi peluang dalam aksi persahabatan ketiga selepas ini untuk menunjukkan kemampuan sebelum senarai penuh pemain TRW akan dimuktamadkan," ujarnya lagi.
Malam tadi, TRW mencipta kejutan menumpaskan naib juara Piala Malaysia, Kedah, 2-1 hasil jaringan Mohd Nazrin Nawi dan penyerang muda, Mohamad Amirul Shafik Che Soh.
Editor: Nafis Abdullah