ARSENAL 2 MAN UNITED 0
Granit Xhaka memberi jaminan kepada Mikel Arteta akan kekal bersama Arsenal, menurut ketua jurulatih The Gunners itu, yang memberikan pandangan yang optimis kepada masa depan pemain tengah itu.
Xhaka dilaporkan bersetuju untuk menyertai Hertha Berlin bulan ini, selepas masa depannya di Arsenal menjadi tanda tanya sejak bertindak berang terhadap penyokong apabila digantikan ketika bertemu Crystal Palace, Oktober lalu.
Terlepas kekalahan 2-1 kepada Chelsea pada 29 Disember lalu, Xhaka memulakan tahun 2020 dengan penuh bergaya apabila menampilkan aksi cemerlang dengan membantu pasukan membenam Manchester United 2-0.
Ditanya sama ada pemain berusia 27 tahun itu telah memberikan jaminan akan kekal di Stadium Emirates, Arteta memberitahu, "Ya, dia akan kekal bersama Arsenal.
"Saya berasakan dia akan terus bersama kami. Saya benar-benar berminat dengan kemampuannya. Jika dia terus bersama Arsenal, dia mampu menjadi pemain yang penting kepada pasukan."
Jaringan Nicolas Pepe dan Sokratis Papastathopoulos dalam separuh masa pertama membantu Arteta merakamkan kemenangan pertama sejak mengambil alih Arsenal dan memuji peningkatan yang telah dipamerkan.
Arteta mencadangkan aksi yang lebih mantap dijangka bakal ditampilkan oleh pemain-pemainnya, yang masih belum lagi berada di tahap kecergasan terbaik.
"Segala perancangan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang," kata Arteta kepada BT Sport.
"Saya berasakan kami telah menghasilkan peluang yang secukupnya untuk menoktahkan perlawanan dan menyedari penurunan mutu permainan dalam separuh masa kedua. Ia membuktikan kami masih belum bersedia untuk mengekalkan keamatan permainan sepanjang 90 minit.
"Namun, semangat, komitmen serta keinginan yang dipamerkan pasukan sungguh menakjubkan."
Editor: Ammar Hakim