Skip to main content

Bola Sepak

Xavi elak Barcelona terjerumus ke kancah bencana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
Xavi yakin musim Barcelona akan terjerumus dalam kancah bencana  sekiranya dia tidak mengumumkan keputusannya untuk angkat kaki di penghujung musim ini. 

Selepas kekalahan 3-5 di tempat sendiri kepada Villarreal pada Januari lalu, pengurus berusia 44 tahun itu mendedahkan akan meninggalkan kelab berkenaan selepas dua setengah tahun berikutan tempoh yang sukar.

Dia berkata pada masa ketika, keputusan itu akan membebaskan tekanan terhadap pemainnya dan selepas 12 perlawanan tanpa kalah dan dengan aksi terakhir yang mencerahkan laluan mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menerusi bekalan 3-2 dari Paris St Germain, Cadiz akan menjadi batu penghalang mereka yang seterusnya.

Xavi memberitahu sidang akhbar: “Dengan keputusan yang dibuat, saya memang sudah menduga kami akan mencapai tahap seperti ini. 

"Jika tidak, ia akan menjadi bencana dan itulah yang saya beritahu kepada presiden.

 

“Saya melihat persekitaran kelab. Jika saya tidak membuat keputusan ini maka kami tidak akan bersaing sekarang."

Ditanya sama ada dia mungkin mempertimbangkan semula keputusannya dalam keadaan itu, Xavi berkata: “Saya sudah memberitahu anda perkara itu dalam setiap sidang akhbar. Tiada sebarang perubahan.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video