Sememangnya menjadi lumrah akan wujudnya kejayaan manis dalam sukan yang diabadikan dalam sejarah, juga saat kekalahan perit yang menandakan terkuburnya satu impian.
Begitulah kisah perjalanan pasukan bola sepak wanita England dalam Piala Dunia Wanita (WWC) 2023.
Sewaktu Sepanyol mengecapi kejayaan sulung mereka di Sydney dengan kemenangan 1-0, skuad The Lioness pula terpaksa menanggung kesakitan dan menerima hakikat bahawa piala idaman mereka tidak mampu dijulang buat waktu ini.

Begitupun, di sebalik naratif kekalahan dan kerinduan terhadap kejayaan ini tersembunyi kisah tentang kecekalan, perkembangan dan semangat tanpa goyah yang mencirikan hakikat sejati erti kesukanan.
Perjalanan England dalam WWC kali ini bagaikan satu kisah romantis yang membuatkan penyokong terpesona.
Laungan penuh bangga yang bergema di seluruh Stadium Wembley sewaktu kejayaan mereka dalam Kejohanan Eropah tahun lalu kini digantikan dengan detik renungan dan penilaian diri.
Setiap pertarungan mereka penuh dengan semangat, taktik mereka beraneka ragam, namun Sepanyol yang menguasai permainan pada akhirnya dan mempamerkan apa yang layak digelar sebagai bola sepak terbaik sepanjang pertandingan.
Kesedihan ini sememangnya tidak asing buat pengurus England, Sarina Wiegman, yang pernah mengalami skrip serupa – dia dahulunya memimpin pasukan Belanda untuk menjuarai
Kejohanan Eropah pada 2017, malangnya disusuli oleh kekalahan dalam perlawanan akhir WWC 2019.
Di sebalik keperitan, Wiegman menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang penyesalan tentang apa yang terjadi dan bakal bersiap untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebagai sasaran seterusnya.
.jpg)
Aksi di atas padang semalam menceritakan kisah dua pasukan yang sama sekali berbeza.
Seluruh pasukan Sepanyol, dipimpin oleh barisan pemain tengah yang kekal tenang sepanjang perlawanan, merangkai corak demi corak serangan yang rumit, manakala strategi serangan England kelihatan tersekat-sekat saat berhadapan dengan pihak lawan yang kekal kukuh sepanjang waktu.
Saat Olga Carmona dari Sepanyol memecah kebuntuan pada minit ke-29 hasil rembatan leret kencang dari sudut kiri, England seolah-olah hilang arah.
Percaturan taktikal dan kemasukan pemain gantian dilakukan Wiegman demi mencuba mematahkan penguasaan Sepanyol, malang sekali gol penyamaan yang didambakan tidak kunjung tiba.
Dengan setiap saat yang berlalu, hakikat bahawa England telah ditewaskan dalam setiap zon di atas padang dan ketandusan idea semakin jelas kelihatan.
Saat wisel penamat ditiupkan, impian pasukan England berakhir, tetapi digantikan dengan aspirasi baru.
Kekalahan ini menyakitkan tetapi tekad England untuk bangkit semestinya turut sama hadir dengan lebih kuat lagi.
Masa depan pasukan ini tidak mampu diramal oleh sesiapa pun, tetapi apa yang pasti adalah semangat mereka untuk terus maju tidak akan luntur.
Pemain pasukan wanita England bukan sekadar pemain bola sepak – mereka adalah lambang perubahan, mercu tanda inspirasi dan satu laungan untuk kesaksamaan yang harus diberikan tidak kira jantina apa pun pemain tersebut.
Pada akhirnya, kisah England kali ini adalah tentang parut yang menanti untuk sembuh dan hati yang kekal cekal.
Biarpun tewas, mereka memperoleh sesuatu yang tidak kurang berharga – kesetiaan penyokong, rasa hormat seteru dan kekuatan untuk bermula semula.
Bak kata pemain pertahanan, Lucy Bronze, sewaktu ditemu bual oleh BBC, “Kami tampil dengan tekad dan ketabahan, kami akan terus kekal tabah mulai dari sekarang dan meneruskan perjuangan.”
Ini bukanlah pengakhiran buat perjalanan England, cuma permulaan satu babak baru yang menantikan saat singa betina mengaum semula.
Akhir kata, menyebut tentang semangat kecekalan, harus juga diberikan rasa hormat dan simpati sepenuhnya buat pemain Sepanyol, Olga Carmona.
Kemanisan gol kemenangan yang dijaringkan digantikan dengan berita pilu kemudiannya setelah dia diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia Jumaat yang lalu, namun berita itu dirahsiakan atas permintaan keluarga agar dia dapat memberikan fokus penuh kepada perlawanan.
Ayat yang dikarang di laman media sosial, berserta dengan foto Olga mengucup medal pemenang, penuh dengan rasa pilu bercampur hiba wajar dikongsikan sebagai pengakhiran kisah ini.
“Tanpa saya sedari, saya sebenarnya telah diberikan satu sinaran sebelum perlawanan bermula lagi. Saya tahu ayah melihat dan bangga dengan saya pada malam ini.”