WOLFSBURG 3 HOLSTEIN 1
Divock Origi dan Yunus Malli memainkan watak penting ketika Wolfsburg mengambil langkah besar untuk kekal dalam Bundesliga menerusi kemenangan 3-1 ke atas Holstein Kiel dalam pertemuan play-off pertama, awal pagi tadi.
Pasukan pelawat meneruskan usaha untuk layak ke saingan Bundesliga buat kali kedua berturut-turut, namun bergelut memberikan cabaran pada awal permainan di Volkswagen Arena.
Perancang utama, Malli, dari Turki merencanakan gol pembukaan dengan gelecekan hebat pada minit ke-13 sebelum mengumpan kepada bekas penyerang Liverpool, Origi.
Jaringan penyamaan Holstein terhasil menerusi penyudah Kingsley Schindler untuk memperdayakan penjaga gawang Wolfsburg, Koen Casteels, pada minit ke-34.
Josip Brekalo kembali meletakkan tuan rumah di hadapan apabila meledak gol selepas menghidu lorongan bijak Origi, lima minit menuju waktu rehat sebelum Malli tenang mengatasi Kenneth Kronholm pada minit ke-56 untuk mengukuhkan kedudukan.
Biarpun meningkatkan asakan pada penghujung permainan, ia masih tidak memihak Holstein dengan ketua pasukan Wolfsburg, Maximilian Arnold, terlepas penalti selepas dikasari Rafael Czichos dalam perebutan di udara.
Aksi timbal balik akan diadakan pada awal pagi Selasa depan.