Timo Werner dan Kai Havertz bergelut di Chelsea ketika mereka masih lagi perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan berbeza dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut Gus Poyet.
Dua pemain kebangsaan Jerman itu berhijrah ke Stamford Bridge sebelum musim bermula, sebahagian daripada rombakan pasukan yang memakan belanja sebanyak GBP200 juta.
Mereka masih lagi gagal menemui rentak terbaik di England, hingga menyaksikan dua kemenangan daripada lapan perlawanan memaksa Frank Lampard dipecat dan digantikan oleh Thomas Tuchel.
Werner meledak sembilan gol dan lima assist dalam 28 perlawanan musim ini, dengan hanya Tammy Abraham (11 gol dan empat assist) meraih lebih banyak untuk kelab. Namun bekas bintang RB Leipzig itu hanya menjaringkan satu daripada 10 penampilan, dalam kemenangan Piala FA 4-0 ke atas Morecambe.
Havertz, dengan lima gol dan lima assist, merupakan seorang lagi pemain Chelsea yang merekodkan sekurang-kurangnya 10 penglibatan dalam jaringan bagi musim 2020-21, tetapi pemain yang berhijrah dari Bayer Leverkusen itu telah dibayangi oleh persembahan Mason Mount.
Bekas jurulatih Leverkusen, Tayfun Korkut, berkata Havertz 'mungkin tidak akan menjadi kesayangan penyokong kerana dia bukan orang yang berjuang', namun dia menegaskan pemain berusia 21 tahun itu harus diberi masa untuk menunjukkan kualiti sebenarnya.
Poyet, yang menghabiskan empat tahun yang berjaya di Chelsea, menganggap 'adrenalin' awal Havertz dan Werner setelah perpindahan mereka semakin lemah dan pendekatan berbeza oleh pasukan lawan di England menimbulkan masalah kepada mereka.
"Saya fikir pada awal musim ini adalah baik [untuk Chelsea]," katanya. "Saya rasa apabila anda mempunyai pemain baru, adrenalin pemain ini sangat luar biasa. Mereka membawa sesuatu yang istimewa untuk kelab, tetapi kemudian untuk mengekalkannya, terutama bagi pemain muda, sangat sukar.
"Jadi, ada tempoh adrenalin, di mana anda akan memberi banyak kepada pasukan. Terdapat tempoh penyesuaian bagi saingan bola sepak Inggeris, yang walaupun anda berfikir bahawa anda mengetahuinya, saya berjanji, anda tidak akan sampai anda berada di atas padang setiap hujung minggu, kerana setiap perlawanan adalah cerita yang berbeza, setiap perlawanan adalah cabaran yang berbeza.
"Hari ini, anda bertemu lawan yang mengawal permainan, dan esok anda akan bertemu pasukan yang kerap melakukan hantaran jauh dan anda akan sentiasa bertahan sepanjang permainan. Dan hari berikutnya anda perlu bertemu pasukan yang kerap melakukan serangan balas dan kemudian anda perlu bertemu pasuka yang menggunakan strategi yang sama dengan pasukan anda sendiri. Setiap perlawanan adalah cabaran berbeza.
"Saya rasa itu sukar terutama bagi yang termuda, terutama untuk [Kai] Havertz dan [Timo] Werner. Kerana anda mengetahui mereka bermain sekarang dalam masa yang singkat dan, biasanya itu malangnya bagi kami, keputusan untuk membawa sesuatu berbeza dengan menukar pengurus."

8 - Timo Werner has failed to convert a penalty attempt for the first time since October 2018 for RB Leipzig - he had scored eight consecutive penalties since. Defeatist. pic.twitter.com/FeorSnWp4Z
— OptaJoe (@OptaJoe) January 24, 2021