Skip to main content

Bola Sepak

Wark sah milik Terengganu FC

wark.jpg
Persiapan Terengganu FC (TFC) menghadapi Liga Malaysia (Liga M) semakin rancak selepas sah mendapatkan khidmat pemain naturalisasi, Stuart Wark.

Pemain kelahiran Scotland itu berjaya meyakinkan pengendali, Mohd Nafuzi Zain, dalam sesi pemilihan sejak dua minggu lalu untuk mengikat kontrak setahun, hari ini.

Bercakap kepada Stadium Astro, Khamis lalu, Nafuzi menyifatkan Wark, 30, sebagai seorang pemain yang versatil dan kebolehan beraksi dalam pelbagai posisi sebagai aset kepada TFC.

"Ketika bersama PDRM, saya pernah lihat dia beraksi sebagai penyerang dan pemain sayap.

"Selain itu, Wark turut mampu diturunkan di posisi tengah serta pertahanan. Jadi, dia seorang pemain serba boleh," jelas Nafuzi.

Wark mula dikenali dalam Liga M pada 2015 selepas menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) II sebelum berkelana ke pasukan Sabah dan Felda United.

Musim lalu, Wark beraksi untuk skuad Pulau Pinang sebelum menyarung jersi PDRM pada pertengahan musim.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video