Status sebagai pemain naturalisasi belum menjamin tempat dalam kesebelasan utama Terengganu FC (TFC), kata tonggak kelahiran Scotland, Stuart Wark.
Wark mengakui dia masih ketinggalan dalam aspek kecergasan dan latihan berbanding rakan sepasukannya selepas sah bergelar pemain TFC lima hari lalu.
Namun, pengalamannya dalam liga tempatan sejak 2015 memudahkannya untuk segera menyesuaikan diri walaupun menyifatkan corak permainan TFC berbeza dengan lima bekas pasukannya.
Pemain berusia 31 tahun itu juga enggan sekadar menjadi pelengkap pasukan itu, sebaliknya bersedia untuk menggandakan usaha bagi memikat ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
"Semua pemain bekerja keras, malah ada antara mereka yang sudah berada di sini sejak beberapa tahun lalu.
"Jadi, saya perlu buat lebih lagi.
"Saya harap dapat mengutip lebih banyak minit permainan dalam aksi persahabatan sebelum Liga Super bermula," katanya.
Bekas pemain PDRM dan Pulau Pinang itu yakin TFC mampu merangkul sekurang-kurangnya satu piala selain memberikan cabaran dalam liga.
Situasi itu berlainan dengan beberapa pasukan yang hanya mahu kekal dalam Liga Super.
"TFC mahu memenangi sesuatu dan saya juga ada impian yang sama.
"Itu faktor kedatangan saya ke sini," ujarnya.
Editor: Muzaffar Musa