FIORENTINA 3 INTER 3
Luciano Spalletti kecewa dengan keputusan pengadil untuk memberi penalti dalam masa kecederaan ketika Inter dipaksa seri 3-3 dalam pertembungan dramatik Serie A di Fiorentina, awal pagi tadi.
Danilo D'Ambrosio dikesan menampan bola dengan tangan pada minit keenam masa kecederaan untuk pemain Fiorentina, Jordan Veretout, menyudahkan sepakan penalti itu selepas lima minit insiden berkenaan diperhalusi melalui video bantuan pengadil (VAR).
Pengadil, Rosario Abisso, tidak berganjak dengan keputusan awalnya untuk menghadiahkan penalti kepada Fiorentina selepas merujuk kepada VAR biarpun bola itu dilihat mengenai dada D'Ambrosio.
Akibatnya, dalam babak kedua, Inter menyerahkan pendahuluan 3-1 mereka dalam aksi di Florence itu untuk barisan kendalian Spalletti tersebut hanya dua mata mendahului AC Milan untuk berada di tangga ketiga.
Pengurus Inter, Spalletti, membidas keputusan pengadil itu dengan memberitahu Sky Sport Italia: "Jelas sekali bola itu mengenai dadanya. Saya tidak mahu berhujah di sini, tiada keraguan mengenai hal itu. Semua orang melihatnya. Ia terkena dadanya.
"Penalti pertama adalah kerana dia mendepakan tangannya dan tiada siapa yang membantahnya. Namun, dalam penalti kedua yang diberikan, bola itu jelas sekali terkena dadanya dan tidak pernah singgah di lengannya.
"Kini orang mula mengatakan 'Spalletti akan dipecat dan pengurus lain akan dilantik'. Keputusan ini amat getir, ia boleh menjadi perbezaan. Ini adalah keputusan yang sangat penting untuk kami mencapai matlamat musim ini.
"Saya tidak bercakap dengan pengadil selepas perlawanan ini kerana apalah yang dia boleh jelaskan kepada saya? Apakah bola terkena lengannya sedangkan ia tidak berlaku? Tiada alasan lain lagi kerana ia sangat jelas.
"Ia berlaku di depan mata kami. Tiada keraguan, kemungkinan atau sebarang potensi. Kemudahan VAR amat penting untuk membantu pengadil mengesan sebarang kejadian itu dengan jelas."
Ketua pasukan Inter merangkap penjaga gawang, Sami Handanovic, menambah: "Kami bengang, semua orang melihat apa yang berlaku tetapi pada akhirnya: pertama sekali, D'Ambrosio dikasari oleh Federico Chiesa, kemudiannya bola itu tidak menyentuh tangannya. Semua orang boleh melihat insiden itu."