Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk: Liverpool adalah pasukan saya, Anfield adalah rumah saya

virgil-van-dijk.jpg
Virgil van Dijk sudah mula berasakan Liverpool seperti kampung halamannya selepas membantu kelab itu ke mara final Liga Juara-Juara (UCL) setelah berpindah dari Southampton pada Januari lalu. 

Pertahanan Belanda itu merupakan sasaran jangka panjang buat Jurgen Klopp dalam usaha memantapkan bentengnya sebelum melengkapkan perpindahannya ke Merseyside dengan nilai £75 juta (RM397.3j).

Van Dijk menjadi sebahagian pemain utama skuad itu dalam saingan Eropah musim ini dan menekankan komitmennya kepada kelab semasa sidang media menjelang aksi menentang Real Madrid di Kiev, awal pagi esok. 

Ditanya sejauh mana perpindahan menyertai The Reds memberi kesan kepadanya, Van Dijk berkata: "Banyak, ia jelas.

"Saya fikir dari hari ke hari, pemain dan pengurus serta kakitangan dan semua orang yang bekerja di kelab ini telah membuatkan saya sangat dialu-alukan dan ini banyak membantu saya menyesuaikan diri.

"Jelas sekali hasilnya membantu. Saya fikir Liverpool adalah pasukan saya dan Anfield adalah rumah saya. Saya gembira bermain untuk kelab ini dan kami berada dalam final UCL dan kami mahu melakukannya.

"Saya fikir Liverpool layak berada dalam UCL pada setiap tahun dan saya berharap ia akan berlaku.

"Namun, untuk berada dalam final seperti sekarang, saya harap kami mampu melaksanakannya."

 

Advertisement

Must Watch Video