CROATIA 1 PERANCIS 1
Selepas menurunkan barisan kurang berpengalaman, Didier Deschamps menegaskan dia akan terus berusaha mencari formula seimbang selepas Perancis seri 1-1 di tempat lawan dengan Croatia, awal pagi tadi.
Selepas tumpas dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di laman sendiri kepada Denmark, Les Bleus hanya mampu mengutip satu mata di Poljud apabila Andrej Kramaric menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti untuk memadam gol pembukaan Adrien Rabiot.
Deschamps kembali kepada formasi 4-4-2 selepas memilih 3-5-2 ketika berdepan Denmark dengan mempertaruhkan beberapa pemain yang memiliki kurang 10 penampilan antarabangsa termasuk Moussa Diaby, Matteo Guendouzi, Christopher Nkunku dan William Saliba.
Oleh kerana pemainnya yang masih cetek pengalaman, Deschamps tetap puas berdasarkan prestasi anak buahnya menentang finalis Piala Dunia 2018 itu.
“Kami mempunyai kawalan penuh dengan dua peluang terhidang untuk menjadikan 2-0 tetapi kami melepaskan bola terlalu kerap kepada Croatia di penghujung perlawanan,” katanya selepas perlawanan.
"Tekanannya makin tinggi tetapi kami terus meningkatkan secara keseluruhan. Kami patut boleh elak kehilangan penguasaan bola pada masa-masa tertentu. Saya tidak boleh berpuas hati sepenuhnya biarpun terdapat lebih banyak perkara positif.
"Kami juga perlu mengambil kira kredibiliti pihak lawan. Kami juga memberi mereka peluang untuk menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti ini.
"Banyak perkara berubah menuju akhir perlawanan. Purata pemain pasukan ini ketika berentap dengan Croatia memiliki kurang 200 penampilan.
"Ini bukan satu alasan tetapi ramai yang tidak menyedarinya."

La réaction de Matteo Guendouzi à l'issue du match nul (1-1) des Bleus face à la Croatie #FiersdetreBleus pic.twitter.com/8hWo5f2tyb
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) June 6, 2022