Jose Mourinho menegaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memerlukan pemain yang lebih berkualiti untuk mencapai tahap seperti juara liga, Manchester City.
Skuad kendalian Mourinho itu akan berkunjung ke West Ham dengan ketinggalan 20 mata kepada City dalam EPL.
United, yang telah menewaskan keenam-enam pasukan teratas EPL musim ini, tewas buat kali ketujuh musim ini ketika bertemu Brighton and Hove Albion yang meraih kemenangan mengejut 1-0 pada Jumaat lalu.
Pengendali kelahiran Portugal itu menyifatkan United perlu meningkatkan kekuatan mental ketika kelab itu dalam usaha mendapatkan pemain-pemain baru bagi menghadapi saingan EPL dan Liga Juara-Juara (UCL), musim depan.
"Kami ketinggalan jauh kepada City dalam saingan liga," kata Mourinho.
"United perlu menampilkan aksi yang lebih konsisten dan berkualiti.
"Saya mempercayai sesetengah pemain dan mereka boleh meningkatkan mutu permainan.
"Bagaimanapun, terdapat pemain-pemain yang saya percayai tidak mampu untuk melakukan yang terbaik lagi buat pasukan. Kami akan berusaha untuk mendapatkan pemain-pemain baru untuk bersaing dengan City."