Bekas pertahanan Manchester City, Danny Mills, mengkritik prestasi kelab itu selepas seri 1-1 di Jerman, awal pagi tadi.
Pelawat membenarkan RB Leipzig memadam jaringan Riyad Mahrez menerusi tandukan Josko Gvardiol dalam pertembungan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) itu.
Mills menganggap Pep Guardiola harus meratapi kesudahan itu selepas jentera serangan yang diketuai Erling Haaland buntu untuk menambah gol.
"City gagal membunuh permainan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila saya menonton City, ia adalah 2-0, 3-0, 4-0, 5-0 -- ia keputusan yang sensasi berdasarkan jumlah gol yang mereka cetak," katanya kepada Sky Sports News.
"Mereka tidak membelasah seteru mereka seperti lazimnya -- Pep perlu melihat aspek ini."
Malah, dia percaya pengurus kelahiran Sepanyol itu pasti akan terus teraba-raba kejayaan pertama UCL sejak meninggalkan Barca sekiranya kepincangan berkenaan tidak segera diatasi biarpun Guardiola cuba berselindung dengan kegusarannya dalam sidang media pasca perlawanan.
"Ini adalah UCL, kelab besar berada dalam Liga Europa ketika ini," kata pengurus itu pula.
"Saingan sekarang amat sengit sebab sebelum ini agak mudah. Tetapi pada hari ini semua pasukan benar-benar mantap dan bersedia dengan mengetengahkan pengurus yang bagus.
"Jangkaan saya tidak tinggi. Saya tidak datang ke mari dengan menjangkakan bahawa kami akan menang 4-0, saya langsung tidak terlintas memikirkan sebegitu.
"Corak permainan kami memerlukan kawalan. Kami akan mengharungi 180 minit permainan dan saya tidak mahu kecundang 3-4 di sini.
"Jadi, perlawanan akan menjadi terbuka di Manchester. Begitulah keadaannya."

RB Leipzig 1-1 Man City: Man City looked comfortable at half-time, but a poor second half means that this #UCL tie is level heading into the second leg at the Etihad Stadium next month. pic.twitter.com/QyINoab9tr
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) February 22, 2023