UCL
UCL: Impian Pep Guardiola bersama Man City tercapai
Semenjak memimpin Manchester City dari tahun 2016, akhirnya apa yang diimpikan Pep Guardiola telah tercapai apabila menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini setelah menewaskan Inter Milan di Stadium Olimpik Ataturk.
Ini merupakan memori yang tidak akan dilupakan oleh Pep dan anak didiknya kerana telah berjaya menjuarai tiga piala (Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan UCL) dan bagi Pep pula, ini adalah pencapaian terbaiknya di The Citizens sepanjang mengendalikannya.
Ini merupakan kejuaraan kedua bagi The Citizens menjulangnya setelah 53 tahun tidak mendakapnya dan ini sudah tentu akan membawa penuh makna buat Pep sendiri.
Iklan
Bukan itu sahaja, daripada segi permainan dan strategi yang dirancang, Pep telah berjaya mengawal setiap pergerakkan yang cuba dilakukan pemain-pemain Inter Milan sehingga The Citizens mendominasi permainan.
Ia dibuktikan dengan statistik perlawanan yang mana Man City mengawal 56 peratus permainan dan berjaya melakukan empat rembatan tepat serta satu jaringan.
Apa yang menarik tentang kejayaan skuad The Citizens merangkul 3 juaraan musim ini adalah kerana faktor keharmonian yang terjalin dalam pasukan selain kebijaksanaan Pep mengurus tadbir pemain-pemainnya dengan baik.
Lihat sahaja bagaimana beliau berjaya membentuk Erling Haaland sebagai penyerang yang cepat membina persefahaman dengan rakan-rakannya di Man City sehingga beliau menjadi seorang penyerang yang berbisa di Liga Perdana Inggeris.
Begitu juga dengan Jack Grealish pemain midfield dari Aston Villa yang di bawa Pep itu telah menunjukkan peningkatan ketara daripada segi permainan apabila bersama The Citizens.
Itulah intipati kejayaan Man City apabila seorang pengurus berjaya mengawal bilik persalinan dengan baik dan berjaya mengurus emosi setiap individu dalam pasukannya.
Bukan sahaja bijak dalam menyusun strategi tetapi bijak juga menggunakan pengiliran pemain-pemainnya supaya dapat menggekalkan rentak kemenangan. Ramuan itu semualah yang membuatkan pengurus dari Sepanyol itu mencipta sejarah treble bersama dua kelab berbeza dan mencapai matlamatnya di Man City.
Must-Watch Video