Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Patrick Kluivert kembali ke Indonesia

Kluivert

Bekas ketua jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert, kembali ke negara itu buat kali pertama selepas meletakkan jawatan pada Oktober tahun lalu selepas gagal membantu mara ke Piala Dunia 2026 menerusi perlawanan play-offs.

Namun, kehadiran bekas bintang Belanda itu bukanlah menyambung kembali tugasan itu, malah mempunyai aksi persahabatan antara Legenda Barcelona dan DRX World Legends.

Advertisement

Kepulangan semula dirinya ke Stadium Gelora Bung Karno itu seperti mengingati aksi bersama Sang Garuda sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, Legenda Barcelona menang 3-0 ke atas DRX World Legends, tetapi Kluivert tidak beraksi akibat mengalami kecederaan.

Selain Kluivert, Frank Ribery dan Ronaldo juga bertandang ke republik itu bagi menyertai permainan tersebut.

Posisi utama skuad kebangsaan kini disandang oleh bekas jurulatih Kanada, John Herdman. 
 

Must Watch Video