Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Demi nyawa Jairo, personaliti Natxo Insa buat peminat Al-Ahli mengamuk

Natxo

Dialah kapten, dialah jeneral tengah, dia juga mendesak meminta pertolongan cepat.

Andai pegawai perubatan cepat masuk ke padang.

Advertisement

Tindakan pantas ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, menimbulkan kemarahan peminat Arab Saudi apabila 'memaksa' pegawai perubatan supaya segera masuk ke padang memberi bantuan kepada Jairo da Silva dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang AL-Ahli .

Namun, tidak adil jika menghukum pemain Harimau Malaya hanya mahu menyelamatkan nyawa rakan sepasukannya.

Pemain berusia 39 tahun itu membuat tindakan berani apabila berlari mengambil pengusung sendiri tanpa menghiraukan arahan pengadil.

Perkara itu mendapat kecaman kerana perbuatan Natxo seperti bersikap garang terhadap pegawai perubatan tersebut.

Tetapi, pujian juga harus diberikan kerana mahu mengelakkan daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada akhirnya, Natxo dikenakan kad kuning kerana menjatuhkan bendera penjaga garisan akibat lambat memanggil pengusung masuk.

Tonggak kelahiran Brazil itu terus dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius, sekali gus rebah dan terpaksa diusung keluar padang untuk mendapatkan rawatan segera selepas kepalanya menerima sepakan daripada gerakan akrobatik Ali Majrashi.

Situasi bertukar tegang apabila pegawai perubatan didakwa lambat bertindak, namun segalanya terkawal usai diberikan rawatan lanjut.

Tonton video penuh:
 

Must Watch Video