Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gol minit akhir Ramos pacu PSG benam Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barce.jpg
Jaringan Goncalo Ramos dalam penghujung perlawanan memacu kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Barcelona 2-1 dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Olimpik Montjui, awal pagi tadi.

Ferran Torres membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah terlebih dahulu selepas menerima hantaran Marcus Rashford untuk menewaskan Lucas Chevalier dan menjadikan kedudukan 1-0.

PSG yang lebih dominan agresif mengasak kubu lawan dengan 15 percubaan tepat ke kubu lawan sehingga pemain berusia 19 tahun pasukan pelawat, Senny Maylulu, menjaringan gol penyamaan pada minit ke-38 buat Les Parisiens.



 

Namun, ketika kedua-dua pasukan dilihat bakal berkongsi satu mata, hantaran lintang Achraf Hakimi hadir untuk memberikan Goncalo Ramos yang masuk sebagai pemain gantian peluang terhidang sebelum dinoktahkan dengan jaringan untuk kemenangan 2-1 buat PSG.

Keputusan itu menyaksikan juara bertahan UCL itu meraih enam mata daripada dua perlawanan dan berada di kedudukan ketiga.
 
Football

PSG Power

Anda juga boleh jadi hebat macam Ramos dengan kasut bola dari Nike ini.


Tak Percaya, Cubalah

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video