Skip to main content

Bola Sepak

Marcus Rashford -- masih bintang besar?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashford.jpg
Bintang kelahiran England ini pernah menjadi kebanggaan Manchester United, tapi beberapa musim terakhir penuh dengan kontroversi. 

Di bawah kendalian Ruben Amorim, isu disiplin mula mencuri tumpuan. Amorim seorang pengurus yang tegas, dan dia tidak ragu membuat keputusan besar apabila pemain tidak mengikuti standard yang ditetapkan. 

Keadaan tegang itu akhirnya membawa kepada keputusan mengejutkan di mana Marcus Rashford dipinjamkan keluar ke Aston Villa.

Pindah ke Villa menjadi langkah penting dalam karier Rashford. Walaupun bukan pilihan ideal bagi ramai penyokong, tapi di sana dia mula belajar untuk menjadi lebih versatil. 

Sistem Unai Emery yang menekankan 'pressing', kerja keras tanpa bola, dan transisi pantas memaksa Rashford keluar daripada zon selesa. Dia bukan lagi sekadar bergantung pada kelajuran, tapi mula membina disiplin taktikal yang selama ini peminat berpendapat itu kekurangannya.

Selepas tempoh di Villa, peluang lebih besar datang. Barcelona tampil untuk mendapatkan khidmat Rashford, sesuatu yang awalnya buat ramai skeptikal. 

Tapi langkah tu terbukti tepat. Dengan budaya teknikal dan taktikal bola Sepanyol, Rashford semakin matang. Dia mula menjumpai semula keyakinan depan gawang gol dan nampak lebih bijak dalam melakukan 'decision-making'.

Perlawanan pada Jumaat berdepan Newcastle United baru-baru ini menjadi bukti besar, Rashford meledak dua gol untuk Barca, dan ia bukan gol biasa.

Dari Old Trafford ke Villa Park, kini ke Nou Camp, perjalanan Rashford sudah jadi cerita penuh warna.

Pinjaman ke Villa ajar mengenai disiplin baru, sementara ke Barca kembalikan magisnya. Amorim mungkin tegas, tapi keputusan itu akhirnya melahirkan Rashford versi yang lebih matang.

Jadi, adakah ini era kebangkitan Rashford?
 

Advertisement

Must Watch Video