Turun dengan misi mencuri tiga mata, Sarawak melihat cabaran menentang Kedah di Stadium Darulaman malam esok bukan tugas mudah.
Apatah lagi, anak-anak buah Tan Cheng Hoe itu masih segar dengan kemenangan menjulang Piala Sumbangsih setelah menundukkan kelab tersohor, Johor Darul Ta'zim (JDT), menerusi penentuan sepakan penalti di gelanggang mereka sendiri minggu lalu.
Menyedari hakikat itu, pengendali Sarawak, David Usop mengakui beliau perlu bekerja keras jika inginkan keputusan seri ketika menentang T-Team di tempat lawan minggu lalu berulang.
Atau yang lebih baik, mencipta terus kemenangan pertama untuk skuad muda itu.
"Tugas ini tidak mustahil. Kami berjaya buktikan pada minggu lalu, dengan pemain-pemain beraksi mengikut pelan yang dilakar," katanya.
Menurutnya, jika minggu lalu beliau kagum dengan persembahan berkualiti Lee Jung-ho, kali ini beliau menuntut aksi yang sama daripada seorang lagi pemain import, Demerson Bruno Costa.
Costa yang mengisi kekosongan Teah Dennis, harus bergandingan serasi dengan pemain pertahanan kebangsaan, Ronny Harun, terutama dalam mengekang perancang lincah dan kreatif Kedah, Baddrol Bakhtiar dan penyerang berbisa, Liridon Krasniqi.
"Sikap tenangnya (Bruno), serta keupayaan mengekang pergerakan lawan akan memainkan peranan yang besar pada aksi malam esok.
"Saya mengharapkan pengalamannya merencanakan teknikal berkubu yang baik sambil membentuk pertahanan berganda setiap kali menerima asakan."
Jika pemain-pemain mampu beraksi seperti perlawanan menentang T-Team pada minggu lalu, pasukan Ngap Sayot pasti boleh melakarkan kejutan.
"Pada masa yang sama, saya mengharapkan rangkaian penyerang kami mampu memanfaatkan peluang yang ada dan mengurangkan kesilapan.
"Saya mengharapkan Mark Harttman dan Mateo Roskam dapat mempamerkan keserasian malam esok untuk melaksanakan penyudah yang positif.
Aksi pantas mereka, katanya, ditagih bagi mengimbangi penyerang-penyerang muda Sarawak seperti Tommy Mawat Bada dan Nur Syahmie Iszuan Amin yang sering membuat larian pantas untuk membekalkan umpanan yang cantik.
" Mereka bermain di bawah tekanan kerana hadir sebagai 'underdog'. Tetapi mereka juga mampu melakar kejutan jika beraksi sekali lagi mengikut pelan dan arahan yang direncanakan," katanya.