Thomas Tuchel percaya tumpuan pemain-pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG) telah beralih kepada pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Borussia Dortmund, Rabu ini.
Dia perlu memastikan mereka turut memberi fokus kepada perlawanan Ligue 1 di Amiens, tengah malam ini, sambil meluahkan keyakinan bahawa barisan pemainnya akan menunjukkan profesionalisme.
Begitupun, Tuchel yang juga merupakan bekas pengurus Dortmund, enggan dibayangi perlawanan pusingan 16 itu apabila bakal bertandang ke Jerman.
Dia memberitahu PSG TV: "Kami tahu bahawa semua orang sudah memikirkan tentang perlawanan dengan Dortmund, mungkin pemain saya juga sedikit begitu.
"Mungkin kami harus akur bahawa kehangatan pertemuan dengan Amiens tidak sama seperti aksi merebut trofi atau sebelum menentang Lyon.
"Mungkin ia adalah normal dan kami perlu menerima hakikat itu.
"Tetapi, itulah yang hangat diperkatakan. Saya benar-benar yakin di peringkat permulaan perlawanan, dua hingga tiga jam sebelum sepak mula, barisan pemain saya akan mula memberikan perhatian. Saya sangat yakin.
"Ia adalah satu perkara yang normal. Kami akan mengharungi perlawanan di tempat lawan kemudian menghadapi satu lagi perlawanan pada Rabu. Jadi adalah normal kalau kami memikirkan sedikit tentang pertemuan di Dortmund."
Pengendali berusia 48 tahun itu mengakui dia juga telah mengkaji corak permainan Dortmund, tetapi keutamaannya ketika ini adalah menewaskan Amiens yang diancam penyingkiran selepas kali terakhir mereka meraih kemenangan dalam liga adalah pada 2 November.
Berdasarkan persembahan lawan mereka itu, dia berkata: "Kami tidak akan mengambil apa-apa risiko tetapi pada masa yang sama, kami akan menurunkan pasukan terkuat."
Edinson Cavani, yang memasuki bulan-bulan terakhir baki kontraknya bersama PSG, mungkin akan mengetuai serangan di Amiens sambil Tuchel percaya dengan komitmen penyerangnya itu.
Tambahnya: "Edinson membawa mentalitinya yang luar biasa, dia adalah salah seorang pemain handalan kami dan dia adalah pencetak gol, dia akan bekerja keras untuk pasukan.
"Dia sentiasa berlari dan berusaha keras. Dia mempunyai mentaliti juara dan juga berpengalaman untuk beraksi dalam situasi seperti ini.
"Kami terlibat dalam empat kejohanan yang berbeza dan kami menjangkakan untuk memenangi setiap pertandingan dan perlawanan, jadi kami memerlukan pemain yang memiliki personaliti, mentaliti dan kualiti.
"Edinson Cavani memenuhi kesemua kriteria itu."

Ángel Di María this season = ???#UCL | #HBD | @PSG_English https://t.co/fnoAtbT4BE pic.twitter.com/i5Y4BUNte7
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 14, 2020