Skip to main content

Bola Sepak

Tindakan pengadil aksi Perak-Kedah tepat

kedah-perak-2019.jpg
Insiden membabitkan pengadil perlawanan dalam aksi Liga Super di antara Perak dan Kedah di Ipoh seharusnya membuka mata semua pihak untuk memahami lebih mendalam tentang prosedur pertukaran pengadil dalam sesuatu perlawanan disebabkan kecederaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid, menjelaskan segala prosedur sudah dipatuhi, namun dalam masa yang sama insiden pengadil cedera bukan sesuatu yang mustahil berlaku dan dianggap sebagai kes terpencil yang mana ia jarang-jarang berlaku.

"Sebenarnya, ia telah diamalkan sejak era 90-an lagi, pemilihan pengadil tempatan untuk mengisi slot pengadil keempat bagi setiap perlawanan," kata Dali.

"Ia merupakan langkah yang telah diambil untuk negeri-negeri mengetengahkan bakat pengadil yang dimiliki untuk meraih pengalaman mengendalikan sesebuah aksi.

"Ia tidak seharusnya menjadi satu masalah dan insiden yang berlaku dalam aksi Perak-Kedah jarang berlaku."

Bagi bekas pengadil FIFA, Subkhidin Mohd Salleh, melihatnya dalam aspek yang berlainan sambil memuji apa yang telah dilakukan oleh pegawai perlawanan yang menukar posisi pembantu pengadil selepas insiden Hamdan Awang keluar akibat kecederaan hamstring.

"Satu pengadil dan dua pembantu dilantik selaku pegawai perlawanan dan tiada peraturan mandatori untuk memilih pegawai keempat (P4)," kata Subkhiddin.

"Apa yang berlaku semalam sehingga perlawanan ditangguh kerana terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan menggantikan pengadil perlawanan kepada P4 yang berasal dari Perak.

"Saya ingin memuji keputusan mengubah posisi pembantu pengadil bagi kembali melancarkan perlawanan."

Advertisement

Must Watch Video