Skip to main content

Bola Sepak

Tiga pasukan Liga Super disekat MFL

kevin-ramalingam.jpg
Kelantan, Sarawak dan Pulau Pinang dikenakan sekatan perpindahan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) namun masih boleh mendaftarkan pemain jika tangga gaji muka baru yang mahu didaftarkan itu, kurang atau sama dengan pemain lama yang digugurkan.

Ketua Pegawai OPperasi MFL, Kevin Ramalingam, menjelaskan ketiga-tiga pasukan itu masih mempunyai ruang melakukan pertukaran pemain tetapi bersyarat.

Setiap pemain import atau tempatan baru tidak boleh melebihi keseluruhan kos gaji pemain yang  dilepaskan dengan tujuan mengurangkan perbelanjaan pasukan terbabit.

"Tiga pasukan ini boleh mendaftarkan pemain jika pemain baru (yang ditandatangani) mendatangkan impak positif daripada sudut kewangan," kata Kevin. 

Sementara itu, mengenai bilangan pasukan Liga Perdana yang akan disingkirkan ke Liga FAM selepas ketiadaan Kuantan FA, Kevin menjelaskan perkara itu masih menunggu kata putus lembaga pengarah MFL.

Berdasar pandangan sekretariat MFL, mereka hanya mencadangkan satu sahaja pasukan, iaitu pasukan yang berada di tangga ke-11 manakala dua pasukan daripada Liga FAM naik ke Liga Perdana.

"Kami melihat pasukan-pasukan yang akan naik daripada Piala FAM nanti sudah mencukupi. 

"Kalau kami banyakkan (lagi penyertaan pasukan dalam Liga Perdana), mungkin ada pasukan yang masih belum bersedia untuk dibawa naik," katanya lagi.



 

Advertisement

Must Watch Video