Bekas jurulatih Itali dan Juventus, Marcello Lippi, percaya tiada apa yang boleh merosakkan kerjaya Gianluigi Buffon sekalipun penjaga gol itu mendapat kad merah ketika menentang Real Madrid.
Buffon dibuang padang pada hujung perlawanan ketika Juve tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas berang dengan keputusan pengadil, Michael Oliver, yang menghadiahkan penalti kepada gergasi LaLiga itu dalam suku akhir kedua di Santiago Bernabeu, Khamis lalu.
Pemain berusia 40 tahun itu mengecam Oliver selepas perlawanan, yang membawa kepada kritikan terhadap penjaga gol itu.
Tetapi Lippi berkata reputasi Buffon kekal utuh sambil menegaskan Oliver membuat keputusan yang salah.
"Tiada yang boleh merosakkan kerjaya Gianluigi Buffon yang hebat, sama ada sebagai pemain atau seorang lelaki," katanya kepada Omnisport.
"Tiada siapa yang boleh menjangkakan perlawanan seperti ini. Sama seperti Roma (menentang Barcelona), jujurnya. Tetapi Juve dan Roma adalah luar biasa.
"Bagi Juventus, ada keputusan yang tidak tepat oleh pengadil yang sangat bagus, tapi bagi pendapat saya, membuat kesilapan dalam hal itu menghancurkan prestasi Juventus yang hebat," katanya.
Ketika Juve tunduk selepas drama akhir, Roma mara ke separuh akhir berikutan kebangkitan semula yang luar biasa ketika menentang Barcelona.
Madrid menewaskan Juve dengan agregat 4-3 sementara Roma mengatasi Barca dengan kelebihan jaringan di tempat lawan apabila terikat agregat 4-4.