Jika Antoine Griezmann meninggalkan Atletico Madrid untuk ke Barcelona, Diego Forlan yakin kelab itu akan mencari pengganti yang sesuai.
Pemain kebangsaan Perancis, Griezmann, memilih untuk kekal bersama Atletico sejak musim lalu dan tetap dikaitkan dengan pasukan seperti Manchester United.
Pemain berusia 27 tahun itu juga merupakan sasaran juara LaLiga, Barca, yang bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahan bernilai EURO100 juta (RM473 juta).
Menyaksikan perkembangan kelab itu yang terpaksa melepaskan penyerang berkualiti seperti Sergio Aguero, Radamel Falcao dan Diego Costa, Forlan yakin Atleti mampu menangani keadaan jika Griezmann berhijrah.
"Aguero, Falcao, Costa -- pemain lain datang dan pergi. Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab," kata Forlan.
"Perkara yang sama dengan Griezmann ketika Atletico mendapatkannya daripada Real Sociedad. Jadi kini giliran Barca pula.
"Setiap orang akan mengambil peluang dan jika pemain tersebut mahu pergi, kami tidak menghalangnya," ujarnya.