Jose Mourinho percaya Portugal berpotensi untuk menjadi pencabar utama Piala Dunia kerana dengan kehadiran Cristiano Ronaldo memastikan "tiada apa yang mustahil".
Ronaldo adalah kunci kejayaan Portugal menjuarai Euro 2016, kemenangan yang mengejutkan oleh skuad yang kurang memiliki pemain berkualiti selain penyerang Real Madrid itu.
Juara Eropah itu kini berada di ranking keempat dunia tetapi dilihat sebagai bukan pilihan utama sebaliknya pasukan seperti Jerman, Sepanyol, Perancis dan Brazil menjadi perbualan utama.
Tetapi Mourinho yang menyaksikan negaranya -- yang bakal berdepan Sepanyol, Iran dan Morocco dalam peringkat kumpulan -- dan Argentina turut memiliki peluang kerana mereka memiliki bintang seperti Ronaldo dan Lionel Messi.
"Portugal memiliki skuad yang menarik," kata Mourinho.
"Tanpa Cristiano, mungkin sukar buat mereka, tetapi dengan kehadirannnya, tiada apa yang mustahil.
"Saya percaya skuad kebangsaan Argentina yang beraksi tanpa Messi mungkin tidak mampu untuk muncul juara. Tetapi Messi akan memainkan peranan yang penting buat Argentina.
"Saya gemar melihat skuad yang dimiliki Brazil, taktikal dan pendekatan pasukan. Campuran di antara bakat yang dimiliki pemain-pemain, fizikal dan taktikal pasukan.
"Mereka mampu bertahan dengan baik, memiliki asas yang baik. Jentera serangan yang dibarisi Willian, Neymar, Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus -- pemain-pemain yang memiliki kualiti yang cemerlang."