Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, sertai JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-figueiredo.jpg
Penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, diumumkan sebagai pemain baru Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi.

"Joao Figueiredo menjadikan Johor sebagai rumahnya dengan perpindahan ke Harimau Selatan," tulis kelab itu dalam pengumuman berkenaan.

Figueiredo, 29, merupakan pemain kelahiran Sao Paolo, Brazil berdarah Malaysia dan mula menyarung jersi Harimau Malaya ketika menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun lalu.

Terkenal sebagai penyerang serba boleh yang turut memiliki kemampuan beraksi di posisi sayap kanan dan kiri, Joao memulakan kerjaya profesionalnya bersama Atletico Mineiro dan kemudian beraksi bersama beberapa kelab antarabangsa seperti Kauno Žalgiris (Lithuania), OFI Crete (Greece), Al-Wasl (UAE), dan Gaziantep (Turkiye).

Dengan nilai pasaran €2.1 juta (RM10.16 juta), Joao telah melakukan 77 penampilan buat Istanbul Basaksehir sejak 2023 dan mendaftarkan sebanyak 18 gol sebelum memilih ke JDT.

Difahamkan, pemain yang digelar 'Botak Padu' itu kini sedang berada di Sepanyol bagi mengikuti jelajah pramusim JDT di negara berkenaan.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video