Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: FIFA kekal hukuman terhadap FAM, tujuh pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa.jpg
Jawatankuasa Rayuan FIFA dalam satu kemaskini di laman web mereka sebentar tadi telah membuat keputusan berhubung rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh orang pemain, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA berhubung pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Kenyataan dalam laman web rasmi, Inside FIFA, berkata: "Selepas meneliti hujah dan menjalankan sesi pendengaran, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan tersebut, serta mengekalkan sepenuhnya hukuman yang telah dikenakan terhadap FAM dan tujuh pemain berkenaan, iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA.

"Setiap pemain diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM1,0411.55) kepada FIFA.

"Kesemua pemain tersebut turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

"FAM dan para pemain telah dimaklumkan tentang keputusan ini hari ini. Mereka mempunyai tempoh sepuluh (10) hari untuk memohon 'motivated decision' dan selepas itu, pihak-pihak terbabit mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video