Skip to main content

Bola Sepak

Pesuruhjaya Sukan tuntut penjelasan FAM

fam

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Arrifin Ghani, mohon pencerahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perbezaan di antara laporan kewangan dan laporan belanjawan yang dibangkitkan dalam kualiti audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Arrifin, bagaimanapun, mengesahkan badan induk itu telah menghantar laporan kewangan yang diaudit kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan setiap tahun.

"Kita mungkin tidak berapa faham kerana FAM juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa belanjawan itu lebih kepada ia tidak dibentangkan dalam kongres mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi mereka ada sebut ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kewangan mereka.

"Cuma, kami tidak mahu mereka hanya keluarkan kenyataan seperti itu, kami memerlukan hitam-putih dan memberikan PJS sedikit pencerahan tentang isu ini.

"Saya sudah menghubungi mereka dan meminta sedikit pencerahan daripada pihak mereka dan saya akan cuba untuk mendapatkan laporan penuh daripada AFC dan FAM tentang cadangan pindaan statut untuk kebaikan tadbir urus mereka."

Terdahulu, Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, menegaskan FAM sentiasa telus dalam pengurusan kewangan dan rekod berkenaan boleh disemak oleh PJS.

Hamidin menjelaskan laporan kualiti audit AFC, yang dibentangkan baru-baru ini, telah disalah tafsir oleh ramai pihak sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap badan induk bola sepak negara itu.

Dia menegaskan isu yang dibangkitkan dalam laporan itu bukan melibatkan kegagalan menjalankan audit kewangan, sebaliknya berkaitan kegagalan membentangkan laporan belanjawan tahunan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Must Watch Video