Skip to main content

Bola Sepak

Kejuaraan ASEAN B-19: Thailand sekat hajat separuh akhir Malaysia

h

THAILAND 3 MALAYSIA 2

Thailand menutup peluang Malaysia ke separuh akhir Kejuaraan Bola Sepak  ASEAN B-19 dengan kemenangan 3-2 di Madya North Sumatra Stadium, Deli Serdang, sebentar tadi.

Sepakan penalti Pichaiya Kongsri pada minit ke-79 permainan menamatkan hajat barisan kendalian Nafuzi Zain -- yang memerlukan seri untuk layak -- itu ke pusingan kalah mati selaku naib juara terbaik melalui Kumpulan B.

Skuad remaja negara terlebih mengikat kedudukan 2-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui Arsyad Shamsul Aswadi sesudah Amar Imran Uzaini Ashadi membuka tirai jaringan permainan pada minit ke-13.

Setelah tewas 1-2 kepada tuan rumah malam tadi, namun berada di ranking terbaik dalam kalangan tiga pasukan naib juara, Vietnam belum mengesahkan kemaraan untuk bertemu skuad Gajah Perang itu selaku juara Kumpulan B dalam aksi separuh aksi pada Khamis ini memandangkan Kemboja masih berpeluang, manakala satu lagi perlawanan menyaksikan perhitungan jangkaan di antara Australia dan Indonesia. 

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement