Skip to main content

Badminton

Badminton: Kontroversi pemain negara kena kad merah, peminat hentam umpire, BWF

Soon Huat

Hasrat gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berkecai selepas tewas kepada pilihan keempat kejohanan, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, Jumaat lalu.

Kekalahan rubber set 21-15, 18-21, 20-22 itu turut dibayangi dengan kontroversi layangan kad merah terhadap Soon Huat oleh umpire perlawanan tatkala mata terikat 20-20 pada set penentuan.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Pengadil mendakwa wakil negara sengaja melengahkan permainan, sekali gus memberikan mata percuma 21-20 kepada lawan dari Perancis itu.

Shevon jelas menzahirkan kekecewaan terhadap insiden tersebut lebih-lebih lagi ia menggugat kemenangan negara dalam kejohanan super 1000 itu.

"Bagi kad kuning pertama, Soon Huat sedang mencari serbuk grip kerana pemegang raketnya licin. Pengadil memanggilnya kembali ke gelanggang, namun sesiapa yang pernah beraksi atau melatih di Istora tahu betapa bisingnya sorakan penyokong di sana.

"Dia memang tidak mendengar panggilan pengadil dan sebaik sahaja kembali ke gelanggang, dia terus diberikan kad kuning," jelasnya.

Bercakap tentang kad merah pula, ini penjelasan Shevon; "Ketika pihak lawan mengambil masa untuk bersedia bagi servis seterusnya seperti yang mereka lakukan sepanjang perlawanan Soon Huat berpaling seketika kepada saya dan meminta saya untuk terus berjuang.

"Apabila dia kembali ke posisinya dan sudah bersedia sebelum mata seterusnya bermula, dia secara tiba-tiba dilayangkan kad merah," katanya.

Situasi itu mendapat perhatian menyeluruh tatkala peminat mempersoal peraturan yang diperkenalkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF)tersebut dan mengecam konsistensi pengadil.

"Jika sesuatu peraturan itu masih dalam fasa percubaan, tindakan hukuman yang ketat tidak sepatutnya dikuatkuasakan sehingga menjejaskan perlawanan sebelum ia diwartakan sepenuhnya.

"Selain itu, memberikan kuasa mutlak yang terlalu besar kepada pengadil tanpa sebarang mekanisme untuk pemain mencabar keputusan di atas gelanggang mewujudkan situasi yang tidak adil. Pemain terpaksa berdepan tekanan psikologi selain perlu bertarung dengan pihak lawan.

"Kami menghormati pegawai perlawanan dan sukan ini, tetapi kami juga percaya perlu ada ruang untuk keadilan, konsistensi dan akauntabiliti dalam melaksanakan peraturan baharu.

"Saya rasa amat sukar untuk menerima kekalahan dengan cara sebegini. Kalau kami kalah dalam pertarungan yang adil tanpa gangguan, saya boleh terima dan hormati keputusan itu," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video