Skip to main content

Badminton

Badminton MSSM: Anak angkat Roslin Hashim serlah potensi

j

Sanggup berpisah dengan ibu bapa kandung di Sandakan, Sabah, demi mengejar impian menjadi pemain badminton negara di peringkat tertinggi -- atlet Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor, Mohammad Airulsyam Ambri, mula berkelana di semenanjung tanah air sejak 2023 apabila diambil sebagai anak angkat kepada bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim.

Selain mengakui ia merupakan peluang keemasan buatnya, Airulsyam menyifatkan sentuhan Roslin bukan sahaja membantu dia memperbaiki gaya permainan, malah turut mencorak keperibadian menjadi seorang atlet yang unggul.

"Dia tuntut fokus saya dalam latihan, jangan fikir 'cinggey'.

"Dekat rumah dia banyak bergurau tapi dalam gelanggang dia garang," kata pemain beregu itu di Nadi Arena.

Pelbagai pencapaian diraih atlet berusia 15 tahun ini sejak di bawah kendalian bapa angkatnya itu termasuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara beregu campuran B-17 dalam Kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Pathumthani 2026.

"Dia datang dari keluarga yang susah, rugi kalau dia tidak dijaga dengan baik.

"Sekarang dia tinggal bersama saya selama tiga tahun.

"Ada beberapa pencapaian sudah dilakarnya tapi saya ini cuma membantu sahaja," kata Roslin.

Pusingan pertama saingan badminton Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ini menyaksikan Airulsyam layak ke peringkat seterusnya acara beregu lelaki B-15 tahun bersama gandingannya, Shafiy Raiyan Sharilaznor, selepas menewaskan wakil Sarawak 19-21, 22-20, 21-17.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video