Secara tiba-tiba, gergasi China, Shandong Taishan, menarik diri daripada kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan kejutan itu berlaku menjelang pertemuan terakhir Kumpulan A menentang Ulsan HD.
Shandong Taishan akan dikenakan tindakan dan hukuman berat selepas disahkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), sebentar tadi.
Berdasarkan peraturan, sekiranya sebuah pasukan gagal menghadiri perlawanan, setiap aksi terdahulu dibatalkan secara tidak langsung.
Persoalan bermain adakah ia adil kepada pasukan yang bermain sebanyak tujuh perlawanan, sementara ada pasukan yang perlu bermain sebanyak lapan aksi dalam kumpulan sama.
Ini bermakna, terdapat perubahan bagi pertembungan pusingan 16 yang akan berlangsung Mac depan.
Pada asalnya, juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertemu Gwangju.
Hal ini menyaksikan pasukan bimbingan Hector Bidoglio bakal menduduki tempat ketiga dan Buriram United berpotensi menjadi penghalang di peringkat kalah mati tersebut.
Begitupun, masih tiada penjelasan rasmi daripada badan induk bola sepak Asia (AFC) itu.

BREAKING: ?? Shandong Taishan are considered to have withdrawn from the #ACLElite after failing to turn up for this evening's meeting with Ulsan HD. pic.twitter.com/Wr1eTwn0xT
— ESPN Asia (@ESPNAsia) February 19, 2025
Ini bermakna, terdapat perubahan bagi pertembungan pusingan 16 yang akan berlangsung Mac depan.
Pada asalnya, juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertemu Gwangju.
Latest update on #ACLElite!https://t.co/wcxvCZwu3o
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) February 19, 2025