Skip to main content

Bola Sepak

Terangkan kepada saya, bagaimana Selangor rapatkan jurang? -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempersoalkan kenyataan 'merapatkan jurang' daripada  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal, hari ini.

Ini susulan kenyataan daripada Dr. Johan yang berkongsikan: "Buat masa ini untuk dua musim lalu kami konsisten untuk rapatkan jurang dengan juara (Johor Darul Ta'zim), jadi ia sesuatu yang kami perlu kekalkan dan dekatkan diri dengan pendahulu liga.

"Sasaran masih sama iaitu berada dalam kelompok kedua liga, mara ke final Piala FA dan Piala Malaysia. Mara ke peringkat kalah mati di pentas Asia. Ia tidak mudah kerana persiapan pasukan lain juga bagus," kongsinya.






Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menerusi laman X berkongsikan fakta dan rekod pertemuan antara pasukannya dan Selangor dalam lima tahun terakhir yang menyaksikan Selangor menamatkan kempen liga dengan jurang besar daripada pendahulu liga.

"Jadi, sila terangkan kepada saya, Johan (Kamal), bagaimana Selangor merapatkan jurang?

"Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganlah sampai cuba bodohkan penyokong sendiri. Penyokong Selangor layak dapat yang lebih baik." kongsinya.

Advertisement

Must Watch Video