Pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali, kesal dengan insiden pergaduhan melibatkan pasukannya dengan pemain-pemain Johor ketika aksi bola sepak Kumpulan B di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.
Mengakui kecewa dengan tindak balas pemain-pemain, Badrul menyifatkan mereka seharusnya lebih bijak mengawal provokasi pasukan lawan, malah Terengganu sudah pun di ambang kemenangan pada minit-minit akhir.
Bekas pemain Terengganu itu tidak menolak kemungkinan ada rasa tidak puas hati yang timbul sejak separuh akhir Piala Presiden, bulan lalu, sehingga terbawa-bawa ke Sukma.
"Kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga mahal. Kami sedang mendahului 2-1 dan pasukan lawan mula mencetuskan provokasi.
"Saya agak kecewa kerana insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam kejohanan karnival seumpama ini," jelas Badrul.
Kekocohan aksi Johor-Terengganu tular di media sosial dengan Johor Southern Tigers menyalahkan kualiti pengadil menyumbang kepada insiden tersebut, yang menyaksikan empat layangan kad merah diberikan kepada kedua-dua pasukan.
Senada dengan pendapat itu, Badrul juga mahu skuad bimbingannya tidak mudah hilang fokus dan enggan isu itu berpanjangan.
"Saya mewakili pasukan bola sepak Terengganu memohon maaf kepada rakyat Terengganu dan berharap ia tidak akan berulang lagi."
Sementara itu, persiapan Terengganu berdepan Wilayah Persekutuan dalam aksi kedua esok, terjejas dengan kecederaan yang dialami penggempur utama, Muhammad Izzan Syahmi, serta penggantungan pemain.
Sedikit rombakan akan dilakukan dengan mempertaruhkan gandingan Abdul Halim Hamzah, Mohd Raimi Syahir dan Mohd Zarulizwan Mazlan.
"Daripada segi prestasi, saya tiada masalah. Mereka berjuang bermati-matian untuk meneruskan momentum kemenangan," tambah Badrul.
Kredit foto: Johor Southern Tigers