Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Imigresen buru tiga kemenangan

liga super

Misi mengumpul sekurang-kurangnya 30 mata demi memastikan kedudukan pasukan kekal di pertengahan Liga Super menjadi sasaran utama ketua jurulatih Imigresen, Yusri Che Lah.

Tegasnya, ketika ini Imigresen berada di tangga ketujuh dengan 21 mata dan masih belum dalam zon selamat.

Advertisement

Dengan baki lima perlawanan, Yusri menegaskan setiap pemain kekal konsisten bagi mengelakkan pasukan tersungkur keluar daripada kedudukan 10 teratas liga.

"Jika kami ingin menempatkan diri di pertengahan liga, kami harus memenangi tiga perlawanan lagi daripada baki lima perlawanan -- tiga perlawanan di tempat sendiri.

"Saya ignin pemain berada dalam prestasi terbaik kerana kami akan menghadapi baki lima perlawanan ini dalam tempoh 45 hari.

"Jadi pemain harus memikirkan tahap konsisten dan dalam masa sama, memenangi perlawanan, katanya di Nadi Arena. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video