Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan AFCON: Tujuh pemain Eritrea hilangkan diri selepas wisel penamat

yrhyh

Tujuh pemain pasukan kebangsaan Eritrea gagal melaporkan diri ke pangkuan pasukan itu sejurus wisel penamat perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang diadakan di Afrika Selatan.

Pemain-pemain Eritrea yang mempunyai populasi sekitar 3.5 juta rakyat itu hilang sebaik kekalahan 1-2 kepada Eswationi, dengan tanggapan mereka berhasrat mencari peluang beraksi bersama kelab-kelab tempatan Afrika Selatan.

Advertisement

Senario ini bukan asing lagi buat pasukan kebangsaan tersebut dalam tempoh sedekad ini apabila pemain-pemain kebangsaan sering menghilangkan diri selepas perlawanan di luar negara berikutan pergolakan politik dan sosial negara itu.

Eritrea kembali dalam kancah kompetitif baru-baru ini melalui pembabitkan dalam kelayakan AFCON selepas bola sepak negara itu sepi sejak 2019.

 

Must Watch Video