Skip to main content

Badminton

Noraqilah Maisarah Ramdan-Low Zi Yu pasang matlamat jangka pendek

j

Beregu wanita negara, Noraqilah Maisarah Ramdan-Low Zi Yu, berhasrat menempatkan diri dalam kelompok 50 terbaik dunia menjelang hujung musim ini.

Bagaimanapun, dia perlu mengekalkan rentak cemerlang itu apabila turun dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia dari 9 hingga 14 Jun ini.

Gandingan bintang yang semakin meningkat naik ini mula meniti di bibir peminat sejak mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan beregu di ranking ketujuh dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam Piala Uber 2026.

"Tiada tekanan, kami mahu menikmati setiap pertarungan.

"Kami fokus kepada persiapan individu untuk memantapkan permain masing-masing," kata Noraqilah.  

Setakat ini, keputusan terbaik pasangan ini adalah muncul naib juara Masters China 2026 di mana ia  merupakan final pertama dalam karier mereka di pentas Jelajah BWF, sebelum tewas kepada gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi.

"Kami tidak mahu terlalu banyak fikir yang boleh menjejaskan permainan .

"Prestasi kami belum konsisten dan kami perlu mantapkan aspek permainan agar dapat mencabar beregu di ranking lebih tinggi," kata Zi Yu pula. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video