Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer tidak bimbang dengan kedudukannya di United

solskjaer.jpg
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan beliau tidak bimbang dengan tugasnya bersama Manchester United tetapi menerima hakikat bahawa keputusan amat diperlukan.

Solskjaer kini di bawah tekanan di Old Trafford selepas United sekadar menang dua kali daripada tujuh perlawanan lalu menjelang pertemuan dengan Tranmere Rovers dalam aksi Piala FA malam ini.

Tetapi pengurus kelahiran Norway itu tidak bimbang mengenai kedudukannya, namun beliau menyedari United -- yang kini berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris -- perlu mempertingkatkan mutu permainan.

"Ketika kami, kelab dan saya, semua berbincang, kami bersetuju bahawa perubahan amat diperlukan," kata Solskjaer kepada UK media.

"Ia tidak seperti saya telah diberitahu tanpa persetujuan dalam setiap perkara yang dilakukan kerana kami telah bersetuju untuk menandantangi kontrak dan bersetuju dengan perancangan. Saya tidak bimbang mengenai kedudukan saya dan hanya perlu meneruskan tugas ini untuk United.

"Sememangnya, keputusan amat diperlukan kerana ia membuktikan anda melakukan perkara yang betul tetapi saya tidak akan berbelanja besar untuk pemain yang tidak bersesuaian dengan kelab."

United di bawah tekanan apabila gagal menampilkan aksi terbaik serta kegagalan mereka untuk memperkuatkan skuad bulan ini selepas dilaporkan bergelut untuk menandatangani bintang Sporting CP, Bruno Fernandes.

Tetapi Solskjaer menegaskan menandatangani pemain yang tepat adalah kunci utama pasukan.

"Kadangkala, ia merupakan satu kemahiran melihat cermin dan tidak menyalahkan sesiapa. Itulah yang dilakukan sesetengah daripada kami -- menyalahkan orang lain.

"Bagi saya, ia melibatkan persefahaman. Kami perlu bijak berbelanja. Kami telah banyak melabur sejak lima atau enam musim lalu, sejak Sir Alex Ferguson bersara.

"Saya perlu memastikan wang yang dibelanjakan adalah untuk pemain yang sesuai untuk pasukan, pemain yang akan bersama United untuk jangka masa panjang serta mampu meningkatkan kualiti pasukan sekarang."



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video