Skip to main content

Bola Sepak

Solskjaer, Mata puji Rashford

rashford.jpg
MANCHESTER UNITED 4 NORWICH CITY 0

Ole Gunnar Solskjaer dan Juan Mata memuji Marcus Rashford selepas penyerang itu menjadi pemain ketiga termuda untuk mencapai 200 penampilan buat Manchester United.


Skuad The Red Devils itu menewaskan Norwich City 4-0 di Old Trafford lewat malam tadi dengan Rashford, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu, mencuri tumpuan apabila kerap menembusi benteng pertahanan lawan sebelum dikeluarkan dalam babak kedua.

Pemain berusia 22 tahun itu melengkapkan penampilannya yang ke-200 bersama skuad utama United, dengan hanya legenda, George Best dan Ryan Giggs, pernah melakukannya dalam usia yang lebih muda berbanding penyerang kebangsaan England itu.

Pengurus, Solskjaer, dan rakan sepasukan, Mata -- yang mencetuskan dua jaringan dalam kemenangan itu -- memuji produk remaja United berkenaan, yang turut menjaringkan 19 gol dalam kesemua kejohanan musim ini.

Mata berkata kepada BBC Sport: "Dia merupakan penjaring utama kami, dia sudah banyak meningkat.

"Dia baru berusia 22 tahun dan sudah melakukan 200 penampilan.

"Dia sedang memperlihatkan prestasi dan gol yang baik.

"Dan harap-harap dia dapat kekal seperti itu sehingga penghujung musim kerana dia sudah menawarkan banyak perkara kepada kami," katanya.

Solskjaer menambah: "Dia ketua dalam kumpulan ini dan telah menjaringkan 16, 17, 18, 19 gol -- saya tidak pasti sebanyak mana.

"Dia terus melakukannya, menjaringkan gol dan amat tenang dalam melakukan penyudahnya.

"Ia usaha yang luar biasa daripada Marcus untuk mencapai 200 penampilan dalam tempoh amat singkat pada usianya.

"Dan dia bermain dalam kebanyakan perlawanan.

"Dia agak bergelut, jadi kami mengeluarkannya tetapi dengan dua jaringan yang baik itu, saya amat gembira dengan prestasi Marcus," katanya.

Rashford memberikan reaksi selepas menamatkan perlawanan itu dengan mengakui dia bergelut untuk mencapai apa yang pernah dilakukan Best dan Giggs.

"Saya amat berbangga untuk menjadi pemain ketiga termuda untuk mencapai 200 penampilan bersama Man United," tulisnya dalam satu ciapan Twitter.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan untuk mengikuti apa yang dilakukan Giggsy dan George Best.

"Dua gol dan tiga mata melengkapkan hari yang sempurna," katanya.

Kemenangan ke atas Norwich itu bermakna United kekal di tangga kelima Liga Perdana Inggeris dengan lima mata di belakang Chelsea untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video